"Hai  anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana  engkau  dibesarkan.  Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan  yang  belum engkau  kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum  engkau  kenali. Itulah  suamimu."
Jadilah engkau tanah  bagai suamimu  (taati perintahnya) dan ia akan  menjadi langit bagimu  (tempat bernaung).  Jadilah engkau sebagai lantai  supaya ia dapat  menjadi tiangnya. Jangan  engkau bebani dia dengan  pelbagai kesukaran  karena itu akan memungkinkan  ia meninggalkanmu.
Janganlah  engkau terlampau menjauhinya, agar  ia tidak melupaimu.  Sekiranya dia  menjauhimu, maka jauhilah dia dengan  baik. Peliharalah  suamimu itu  dengan baik. Jagalah mata, hidung dan  anggotanya yang lain.
Janganlah  kiranya suamimu itu akan mencium  sesuatu darimu melainkan  yang harum.  Jangan pula ia mendengar sesuatu  darimu melainkan yang enak  dan  janganlah ia melihatkan melainkan yang  indah sahaja pada dirimu.
Kalau  wanita ingin menjadi isteri yang  baik, dipihak lelaki juga  berhasrat  memiliki wanita yang begitu. Mereka  (para suami ) ingin benar  punya  isteri yang menyambut kepulangan dari  tempat kerja dengan wajah  yang  manis dan ceria, senyum menawan, pakaian  yang bersih dan wangi dan   rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih  kemas dan terurus. Bila   mata sedap memandang, tenang dan damailah hati  suami.
Bukan  itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang  isteri yang  boleh  menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah  dengannya,  faham  apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya  disamping boleh   memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan  mengembirakan suami.   Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata  bagaimana lelaki akan   dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu  jugalah keinginan lelaki   berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang  bidadari rumahtangga.   Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia  itu ialah syurga   tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan  isteri yang solehah   yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.
Isteri  yang  solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada  rumahtangga. Kasih   sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing  hendak mencari   keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata.  Masing-masing   suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih  besar dan utama.
Isteri   yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah   sebaliknya  rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas   itu dengan  baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah   sebagaimana  yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila   seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah  mencatat  baginya  seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan  dosanya,  bahkan segala  sesuatu yang disinari oleh matahari memohon  ampun  baginya serta Allah  mengangkat seribu darjat baginya."
"Wahai  Fatimah, setiap wanita  yang mengeluarkan peluh ketika membuat  roti,  Allah akan membina tujuh  parit antara dirinya dengan api neraka.  Jarak  antara parit itu ialah  sejauh bumi dangan langit."
"Wahai  Fatimah, setiap wanita yang  berair matanya ketika memotong  bawang  untuk menyediakan makanan  keluarganya, Allah akan mencatat  untuknya  pemberian sebanyak yang diberi  kepada mereka yang menangis  kerana  takutkan Allah."
Siapa yang  tidak mau kemuliaan ini hanya  dengan melakukan tugas yang  ringan?  Seorang isteri yang solehah akan  sentiasa mencari-cari jalan  untuk  menyenangkan hati suami dan menutupi  ruang-ruang untuk  menyusahkan dan  mencurigakan suami terhadap  dirinya. Dia tidak akan  membimbangkan  suaminya terhadap dirinya.  Maruah dirinya sebagai seorang  isteri  senantiasa dipelihara dan dijaga  kerana itu juga yang menjadi  syarat  untuk dia mendapat keredhaan  Allah dan keselamatan di akhirat   nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni  oleh isteri yang solehah bererti   rumahtangga itu telah memiliki  perbendaharaan yang termahal di dunia dan   di sisi Allah rumahtangga  itu mendapat perhatianNya.
Sabda  Rasulullah s.a.w yang  bermaksud : " Seorang wanita yang solehah  itu  lebih baik daripada  seribu orang lelaki yang tidak soleh dan  seorang  perempuan yang  berkhidmat melayani suaminya selama seminggu  maka  ditutuplah  daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang  pintu  syurga dan  dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa  hisab."
Isteri   solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada  juga   ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat).   Bolehkan  kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami   kufur  dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang    menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak  sabar   dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk    menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari    suami.
Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak  bersabar dan  selalu  bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan  yang kita  hadapi  adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah  mendatangkan  ujian  yaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai  penghapusan dosa  dan  keduanya untuk peningkatan darajat disisi Allah.
Jadi  jika  kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu.   Sebaliknya  tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari   Allah. Kalau  tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan   suami,  menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada   kita  membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian   itu.  Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak    teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada    suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita,  tidaklah  dia lebih jahat daripada  Firaun, sedangkan isteri Firaun,  Siti Asiah  boleh bersabar menghadapi  kesombongan dan keangkuhan Firaun  sehinggakan  Siti Asiah disenaraikan  oleh Allah termasuk di dalam  barisan antara  wanita-wanita solehah yang  dijamin syurga.
Oleh  itu kalau suami  kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita  jemu  untuk memujuk dan  mentarbiah, berlaku baik dan paling penting  mohon  dan bermunajatlah  kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk   tunduk pada perintahNya.
Rasulullah  s.a.w pernah bersabda  : "Wanita yang taat akan suaminya  semua  burung-burung diudara, ikan-  ikan di air, malaikat di langit,  matahari  dan bulan semua beristighfar  baginya selama mana ia (isteri)  masih taat  pada suaminya dan diredhai  (serta menjaga sembahyang dan  puasanya)."

0 komentar:
Posting Komentar